Khamis, 23 April 2009

Sifat Solat Nabi by Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni- MENGHADAP KIBLAT


Diantara petunjuk Rasulullah dalam masalah solat adalah menghadap ke arah kiblat. Bahkan hal itu termasuk salah satu syarat sah solat. disebutkan dalam sahih Muslim, bahawa ketika baginda mengajar orang yang tidak baik solatnya, beliau bersabda kepadanya:

"Apabila kamu telah berdiri hendak menunaikan solat maka sempurnakanlah wudhu'(mu). kemudian menghadap ke arah kiblat dan bertakbirlah."( Riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh Albani dalam sahihut Tirmidzi)

Baginda juga melakukan perkara itu apabila ingin mendirikan solat, iaitu baginda menghadap ke arah kiblat 'kaabah'  Allah berfirman:
"Dan dimana pun kamu berada, hadapkan mukamu kepadanya."(Al-baqarah 2:144)
 
Jika orang yang bersolat tidak mengetahui secara pasti arah kiblat, maka ia boleh bersolat menghadap ke mana sahaja sesuai dengan ijtihad yang menurutnya benar, dan ia tidak perlu mengulangi solatnya lagi, kerana Rasulullah sendiri pernah bersolat tidak menghadap ke arah kiblat pada suatu malam dalam keadaan gelap gelita dan baginda tidak pernah lagi mengulangi solatnya lagi, berdasarkan penuturan Amir bin Robi'ah,

"Kami pernah bersolat bersama Rasulullah pada suatu malam yang gelap gelita. Ketika waktu tiba, ternyata kami telah bersolat tidak mengarah ke kiblat. Maka Allah telah menurunkan ayat berikut, 'maka ke mana pun kamu menghadap disitulah wajah Allah' (Al-baqarah 2:155)  

Orang yang sedang naik kenderaan, boleh mengerjakan solat sunat dengan menghadap ke arah mana sahaja, kerana Rasulullah saat menunaikan solatnya diatas kenderaannya juga menghadap ke arah mana sahaja kenderaan itu menhadap. Hal ini seperti yang disebutkan didalam sahihul Bukhari dan sahih Muslim, akan tetapi semua itu dilakukan setelah takbiratul ihram. Maksudnya, adalah saat melakukan takbiratul ihram, orang yang solat sunat  dengan mengenderai kenderaannya perlulah harus menghadap ke kiblat terlebih dahulu seraya mengucapkan 'Allahuakbar!', sambil mengangkat kedua belah tangan jika mampu. setelah itu tidaklah penting baginya kearah mana kenderaan itu menghadap,baik kenderaan itu berupa seekor haiwan tunggangan, kereta, pesawat terbang atau yang lainnya. kerana baginda sendiri pun, "kadangkala jika ingin melakukan solat diatas untanya, maka baginda akan menghadapkan untanya ke arah kiblat lalu bertakbir. Setelah itu, baginda bersolat ke arah mana pun kenderaannya menghadap." 

Baginda biasa mengerjakan rukuk dan sujud diatas kenderaannya, sambil memberi isyarat dengan kepalanya. saat sujud, baginda menjadikan kepalanya lebih rendah daripada rukuknya. Apabila baginda ingin mengerjakan solat wajib, maka baginda akan turun daripada kenderaannya dan kemudian menghadap kiblat.

Adapun bagi orang yang dalam keadaan terpaksa, sakit, atau takut(bahaya), yakni ketika mereka dalam keadaan lemah dan tidak mampu seperti itu maka mereka boleh bersolat dengan menghadap ke mana sahaja.

Syaikh Al-Albani menyebutkan teksnya sebagai berikut, "Adapun solat dalam keadaan benar-benar menakutkan(bahaya), maka beliau telah mensyariatkan kepada umatnya untuk mengerjakan solat sambil 'berjalan kaki' iaitu dengan berdiri bertumpu pada tapak-tapak kaki mereka, atau sambil 'berkenderaan' iaitu dengan menghadap ke arah kiblat mahupun tidak menghadap ke arahnya"

Baginda juga bersabda:

"Apabila mereka telah bercampur gaul(yakni ketika perang sedang berkecamuk), maka cara solatnya adalah hanya dengan takbir dan berikan isyarat dengan kepala."  

Ahad, 19 April 2009

Selamat Berjuang, dapatkan A. hindarkan kemalasan


Berusaha Berjaya

Artist: Hijjaz
Album: Cahya Ilahi
Song Category: Nasyid
Bersama-sama kita membina 
Masa depan yang lebih gemilang 
Kita tanamkan tekad di hati 
Berusaha menuju wawasan 

Rajin bekerja terus berusaha 
Bagai hidup selama-lamanya 
Beramal ibadah kepada Allah 
Bagai esok sudah tiada lagi 

Bersama ini kita semai cita 
Bersama-sama kita mengejarnya 
Dan bersama-sama kitapun berdoa 
Agar semua usaha kita diberkati 

Hindarkan kemalasan 
Jauhilah rasa rendah diri 
Pohon takkan berbuah 
Jika tak dibajai 

Begitulah hidup kita 
Perlu bekerja dan berusaha 
Bulat takkan bergolek 
Pipih tak datang melayang

Ahad, 5 April 2009

Sifat solat nabi(by Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni)- BERDIRI

Para ulama' telah mengkategorikan bahawa berdiri bagi yang mampu(dalam solat) adalah sebagai salah satu rukun solat. kerana Rasulullah sendiri pun juga biasa menunaikan Fardhu solat dengan berdiri, baik saat  menunaikan solat fardhu mahupun solat sunat. berdasarkan Firman Allah: 

"Berdirilah kerana Allah(dalam solatmu) dengan khusyuk." -Albaqarah(2) :238

Namun, dikecualikan dari hal itu kerana adanya keringanan secara syar'i dalam solat sunnah yang dilakukan diatas kenderaan dan solat yang dilakukan ketika didalam keadaan yang menakutkan, berdasarkan firman Allah:

"Jika kamu dalam keadaan takut(bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau 
  berkenderaan" -Albaqarah(2) :239

Demikian pula, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, dan ia mensahihkannya, serta Ahmad, "Saat beliau menderita sakit menjelang wafatnya, beliau solat sambil duduk"

Dalam hal berdiri, nabi telah memberikan batasan kepada orang yang bersolat sesuai dengan kemampuannya. Baginda bersabda:

"Solatlah kamu dengan berdiri. Jika engkau tidak mampu, maka dengan duduk. dan jika engkau tidak mampu pula maka dengan berbaring"(HR Bukhari dalam sahihnya dan nasa'i dengan sanad yang sahih)
Nasa'i menambahkan" jika tidak mampu juga maka dengan tidur terlentang."

Petunjuk yang sering beliau ajarkan adalah bahawa beliau selalu berbuat adil dan seimbang dalam solat. Apabila beliau memanjangkan berdirinya, maka rukuk dan sujudnya juga panjang. sebaliknya apabila beliau berdiri sebentar, maka rukuknya dan sujudnya juga sebentar.

Isnin, 12 Januari 2009

Sifat-sifat solat nabi part 2:As solah: It is compulsory

Solat Berjemaah
Penulis(Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni) memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Robb 'Arsy yang Mulia, semoga Dia memberi petunjuk kepada kita semua menuju jalanNya yang lurus. 

"Barangsiapa yang mendengar azan, tetapi tidak mendatanginya, maka tidak ada solat baginya kecuali kerana sesuatu yang uzur" 
(H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

"Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya. sungguh, sebenarnya aku inigin memerintahkan {kaum Muslimin} agar mengumpulkan kayu bakar lalu diikat. kemudian aku memerintahkan agar solat jemaah didirikan, sehingga azan dikumandangkan. setelah itu, aku akan memerintahkan seseorang supaya mengimami kaum muslimin. selanjutnya aku akan mendatangi kaum laki2 yang tidak ikut solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka."
(hadis ini dikeluarkan oleh Bukhari(7224), Muslim(651) dengan lafaz yang mirip dan ibnu majah (791) dengan lafaz yang mirip)

Sabda beliau kepada seorang yang buta {yakni 'Abdullah b. Ummi Maktum}
"apakah engkau mendengar seruan untuk solat? Ia menjawab, 'Ya Betul'.  Beliau bersabda, 'maka jawablah {seruan itu}'"(dikeluarkan oleh Muslim{635} dan ibnu hibban{2063} dengan lafaz yang mirip) 

Ibnu Mas'ud- sebagaimana diriwayatkan Muslim juga berkata: 
"sesungguhnya kami telah melihat bahawa tidak ada seorang pun yang meninggalkan solat kecuali ia adalah kemunafikannya"

Wahai kaum muslimin, bersolat berjemaah hukumnya adalah wajib bagi semua laki2. sesiapa sahaja yang meninggalkannya tanpa sebab uzur, maka ia berhak mendapatkan sanksi yang setimpal dan ditangkap oleh penguasa, pemimpin mahupun para hakim. 

Disini ada satu persoalan bolehkahkaum wanita menghadiri solat berjemaah dimasjid?

Kami menjawab bahawa kaum wanita boleh menghadiri solat berjemaah dimasjid, berdasarkan sabda nabi: 
" janganlah kalian melarang kaum wanita yang hendak keluar {menunaikan solat} di masjid, namun dirumah mereka masing2 itu lebih baik bagi mereka."(dikeluarkan oleh Abu Dawud(563) dengan lafaz yang mirip. lafaz asli hadis ini terdapat didalam sahih Bukhari dan Muslim dengan lafaz yang lain)

Akan tetapi semua itu harus dilakukan sesuai dengan rangkaian syariat diantaranya:

1. Kaum wanita tidak boleh mendatangi masjid dengan memakai wangi-wangian,    berdasarkan sabda nabi:
"janganlah kalian melarang perempuan mendatangi masjid-masjid Allah. Akan tetapi hendaknya mereka keluar tanpa berbau wangi"(Bukhari{900,865}, Muslim{442} dan abu dawud{561}) 

2. Mereka tidak boleh keluar bersama seorang pemandu laki2 asing{yakni bukan    mahramnya} kerana keburukannya lebih besar. Ertinya, mereka tidak boleh mengerjakan    amalan sunnah jika harus mengorbankan amalan wajib.  

3. Hendaknya hal itu bisa membuat mereka lebih khusyuk dan baik tanpa bercampur baur    dengan kaum lelaki, tanpa mengumbar kecantikan dan tanpa menimbulkan fitnah apapun.

4. Mereka tidak boleh meremehkan urusan rumah, suami, anak2 dan semua kewajipannya     yang lain. demikian pula cabangan syariat lainnya yang sepatutnya mereka perhatikan.   Wallahua'lam


TAHUN BARU HIJRAH? TAHUN BARU MASIHI?

Assalamualaikum w.b.t

dah lama kiranya penulis tidak menghantar post untuk dakwah bil hikmah. rindu sangat nak menulis. tapi apakan daya kesempatan Allah bagi bila tiba masa dan waktunya yang sesuai. apepun suka lah kiranya penulis menyambung penulisan tentang Sifat-Sifat Solat Nabi yang tergantung sebelum ini. apepun doakan penulis agar dapat istiqamah didalam wadah penulisan sebagai wadah perjuangan dakwah islamiyah. wallahua'lam 

Jumaat, 31 Oktober 2008

Sifat-sifat solat nabi part 1:As solah: It is compulsory

Sesungguhnya solat mempunyai kedudukan yang sangat agung dalam agama Islam ini. Sebab, solat merupakan tiang agama yang menyangganya, dan amalan yang pertama yang akan dihisab dari seorang hamba kelak pada hari kiamat. Mengingat begitu pentingnya solat dan begitu tingginya kedudukan ia di dalam Islam, maka solat termasuk salah satu wasiat yang disampaikan oleh Rasulullah, saat baginda dalam keadaan sakaratulmaut, "Demi bapa dan ibuku sebagai tebusannya". kemudian beliau bersabda:
"Jagalah solat, jagalah solat dan hamba sahaya kalian."
semoga sebaik-baik selawat dan salam tercurah atas diri baginda

Apabila penting solat tersebut telah difahami, nescaya tidak akan didapati dalam masyarakat Islam perkara-perkara yang menyeret kepada perbuatan keji dan dosa. Sebab, penyebab utama perkara-perkara tersebut adalah kerana mereka meninggalkan solat atau meremehkan pelaksanaannya. Allah berfirman

"Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-ankabut ayt 45)

Orang yang selalu mengerjakan solat lima waktu, maka ia tidak mungkin akan mengkhianati umat dan bangsa orang yang selalu mengerjakan solat lima waktunya serta orang yang selalu mengerjakan solat lima waktu maka ia tidak mungkin akan mengkhianati bangsanya, serta tidak mungkin pula mengkhianati risalah dan amanahnya.

Rasulullah telah memberikan kepada kita resepi yang mujarab untuk mengubati segala dosa dan penyimpangan. Sungguh, betapa banyak orang yang melakukan hal itudalam kehidupan kita sekarang ini, kecuali bagi sesiapa sahaja yang dirahmati Allah. Maka, wahai orang-orang yang digiring ke dalam penjara-penjara kerana kes dadah(ubat-ubatan terlarang)! Wahai orang-orang yang akal fikirannya berputar hanya mencuri, berbuat dosa dan jahat! dengarlah....!!!

Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda:
"Bagaimana pendapat kalian, jika didepan pintu rumah seseorang diantara kalian ada sungai, sehingga setiap harinya ia mandi sebanyak lima kali, maka apakah masih tersisa sedikit pun kotorannya? Para sahabat menjawab, 'Tidak, ya Rasulullah.' Maka Raulullah Bersabda, itulah perumpamaan solat lima waktu. dengan nya Allah akan menghapus semua kesalahan (dosa)' "
(H. R Muslim)

Ahad, 26 Oktober 2008

Untuk pembukaan semester kedua ini penulis akan cuba mengupas sebuah buku bertajuk sifat solat nabi karangan Dr. Abd aidh Al-Qorni. Buku ini banyak menerangkan mengenai bacaan dalam solat dan falsafah solat nabi. seperti mana Sabda Baginda: "Bersolatlah seperti mana aku bersolat" sama-sama kita mengambil ibrah(pengajaran) daripada kupasan buku yang akan menjelma tidak lama lagi.. insyaallah ia akan di post secara bersiri. semoga para pembaca sentiasa ternanti-nanti

wallahua'lam