Sabtu, 19 Julai 2008

DAKWAH ILALLAH

Assalamualaikum Pembaca Budiman..Bermulanya kelahiran kita ke dunia ini penuh kesyukuran kepada Allah dengan nikmat iman dan Islam yang sama-sama kita anuti ini.
Suka saya sebagai permulaan kalam pembukaan blog dakwah bil hikmah ini dengan memetik hadis pertama daripada kitab Hadis 40 oleh Imam Nawawi mengenai persoalan niat kita dalam sebelum melakukan apa jua perkara. Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : tiap-tiap amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya. Dapat lah kita ambil ibrah yakni pengikitibaran daripada hadis diatas bagi memacu matlamat yang jelas berlandaskan syariat. Sememangnya cantik sungguh agama Islam ini yang menetapkan NIAT sebagai pendahulu.
Sekadar itu sebagai permulaan bicara

Salam Mujahadah

BERDAKWAH DENGAN BIJAKASANA

Assalamualaikum pemula bicara...

blog ini masih dalam tempoh pembinaan..

penulis mengharapkan blog ini mendapat respons yg positif daripada semua golongan tidak kira agama,warganegara, bangsa,wilayah mana, serta yang paling khusus semua makhluk diserata alam ini



salam perkenalan