Ahad, 5 April 2009

Sifat solat nabi(by Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni)- BERDIRI

Para ulama' telah mengkategorikan bahawa berdiri bagi yang mampu(dalam solat) adalah sebagai salah satu rukun solat. kerana Rasulullah sendiri pun juga biasa menunaikan Fardhu solat dengan berdiri, baik saat  menunaikan solat fardhu mahupun solat sunat. berdasarkan Firman Allah: 

"Berdirilah kerana Allah(dalam solatmu) dengan khusyuk." -Albaqarah(2) :238

Namun, dikecualikan dari hal itu kerana adanya keringanan secara syar'i dalam solat sunnah yang dilakukan diatas kenderaan dan solat yang dilakukan ketika didalam keadaan yang menakutkan, berdasarkan firman Allah:

"Jika kamu dalam keadaan takut(bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau 
  berkenderaan" -Albaqarah(2) :239

Demikian pula, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, dan ia mensahihkannya, serta Ahmad, "Saat beliau menderita sakit menjelang wafatnya, beliau solat sambil duduk"

Dalam hal berdiri, nabi telah memberikan batasan kepada orang yang bersolat sesuai dengan kemampuannya. Baginda bersabda:

"Solatlah kamu dengan berdiri. Jika engkau tidak mampu, maka dengan duduk. dan jika engkau tidak mampu pula maka dengan berbaring"(HR Bukhari dalam sahihnya dan nasa'i dengan sanad yang sahih)
Nasa'i menambahkan" jika tidak mampu juga maka dengan tidur terlentang."

Petunjuk yang sering beliau ajarkan adalah bahawa beliau selalu berbuat adil dan seimbang dalam solat. Apabila beliau memanjangkan berdirinya, maka rukuk dan sujudnya juga panjang. sebaliknya apabila beliau berdiri sebentar, maka rukuknya dan sujudnya juga sebentar.