Rasulullah apabila hendak mengerjakan solat dan telah menghadap kiblat, maka baginda biasa memulai dengan ucapan "Allahuakbar". Inilah yang disebut sebagai takbiratul ihram, ia termasuk salah satu rukun solat dan solat tidak akan sah tanpa dimulakan dengannya. baginda tidak pernah mengucapkan pun sebelum takbiratul ihram dan baginda juga tidak pernah melafazkan niat secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil kerana diantara mereka ada yang mengucapkan,: Nawaitu usholliya fardhin solata kadza wa a'dada roka'at kadza(Aku telah berniat untuk mengerjakan solat wajib iaitu solat ini dan jumlah rakaatnya sekian).
Sesungguhnya amalan ini termasuk bidaah yang tidak ada dalilnya dari nabi yang ma'shum(terjaga). Dan baginda hanya memerintahkan orang yang tidak baik solatnya dengan sabdanya, "Jika kamu telah berdiri untuk mengerjakan solat maka bertakbirlah."
Mengucapkan takbir adalah ajaran sunnah. Dan belum pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah, saat memulai solat mengucapkan sesuatu selain ucapan, "Allahuakbar". Hal ini berdasarkan sabda baginda berkenaan tentang solat:
"Dan pembukaannya adalah takbir"
Juga kerana baginda sentiasa memulai solatnya dengan takbir.
Tidak ada satu riwayat pun yang menerangkan bahawa saat memulai solat, baginda mengucapkan "Allahuakbar kabiron", dan tidak pula mengucapkan "Kabbartulloh(aku telah bertakbir kepada Allah)". Baginda tidak pernah memulai solat dengan kalimah lain selain takbir, "Allahuakbar". jadi, baginda ketika memulai solat, tidak pernah mengucapkan kalimah, "Alhamdulillah", dan tidak pula kalimat, "subhanAllah." Akan tetapi baginda hanya bersabda, "Bertakbirlah." Yakni ucapkanlah kalimat, "Allahu akbar."
Jumhur Ulama' menegaskan bahawa solat tidak sah kecuali dengan kalimat "Allahu akbar."
Dalam hal ini, Abu Hanifah tidak sependapat dengan jumhur ulama', kerana ia berpendapat bahawa kita boleh (memulai solat) dengan mengucapkan zikir mana pun, misalnya memulai dengan kalimat, "subhanallah", "Alhamdulillah", "La ilaha illallah", atau kalimat, "Astaghfirullah." bahkan ditambahkan dalam suatu riwayat berasal dari baginda, bahawa baginda pernah mengatakan, sekiranya seseorang yang bertakbir bahaa non Arab sekalipun nescaya sudah cukup baginya."
Pendapat itu bertentangan dengan nas-nas yang ada. Bahkan para pakar hadis menyatakan bahawa pendapat itu tidak sah dan bertolak belakang dengan kebenaran, kerana kita tidak mengambil keumuman hadis baginda menngenai perintah bertakbir.
Apabila baginda bertakbir, maka baginda akan mengangkat kedua-dua tangannya seraya mengucapkan, "Allahuakbar". baginda tidak akan menggenggam jari-jari tangannya yang mulia dan tidak pula merenggangkannya. Namun beliau hanya mendudukkan sesuai dengan keadaan dan kebiasaannya. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu khuzaimah, "Baginda biasanya mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil meluruskan jari-jari tangannya. Baginda tidak meregangkannya dan tidak pula menggenggamkannya."
Dalam hal ini, ada suatu persoalan yakni sampai manakah batas mengangkat kedua-dua tangan?
Jawab: Diriwayatkan dari hadis Ibnu 'Umar dalam Sahihul Bukhari dan Sahih Muslim,ia mengatakan, "aku melihat, apabila Rasulullah telah berdiri untuk menunaikan solat, maka Baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya sejajar dengan kedua-dua bahunya..."(Al-hadis)
Diriwayatkan pula oleh Sahih Muslim dan yang lainnya, dari hadis Wa'il bin Hujr, Bahawa ia pernah melihat Nabi mengangkat kedua-dua tangannya ketika baginda memasuki(memulai) solat,-Hamman menyebutkan- sejajar dengan kedua-dua telinganya." (Al-hadis)
Sedangkan dalam riwayat Nasa'i, masih dari hadis Wa'il bin Hujr, ia mengatakan, "aku telah melihat solat dibelakang Rasulullah. Maka ketika baginda memulai bersolat, baginda memulakan takbir dan mengangkat kedua-dua tangannya sehingga sejajar dengan kedua-dua daun telinganya."
Untuk menggabungkan antara kedua-dua hadis tersebut, maka ada sebahagian ulama' mengatakan, "Bagian akhir kedua tapak tangan disejajarkan dengan kedua-dua bahu, berdasarkan hadis Ibnu 'Umar, sedangkan jari-jari tangan disejajarkan dengan bagian disekitar kedua-dua tangan berdasarkan hadis Wa'il Bin Hujr"
Namun kami tegaskan, bahawa siapa sahaja yang mengangkat kedua tangannya sampai di sekitar kedua-dua telinganya, maka itu sudah cukup baginya. Siapa sahaja yang mengangkat kedua-dua hanya sampai ke bahunya maka itu sudah cukup baginya. Dan siapa sahaja yang mengangkat kedua-dua tangannya sampai diantara telinga dan bahunya, itu juga sudah cukup baginya, insyaallah
Di sini, ada suatu persoalan yang diusung oleh ibnu Qudamah,"Apakah mengucapkan takbir itu secara bersamaan dengan mengangkat kedua-dua tangan, atau setelahnya ataupun justeru sebelumnya?"
Yang paling besar adalah-Wallahu a'lam- bersamaan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan, lalu mengucapkan, "Allahuakbar." akan tetapi, insya'allah boleh pula mengangkatnya setelah takbir kerana semua itu ada riwayatnya dari baginda. Kemudian mengarahkan pandangannya ke tempat sujud, sebab Nabi apabila solat, maka baginda akan menundukkan kepalanya dan mengarahkan pandangannya ke lantai. Tujuan disunnahkannya mengeraskan suara takbirnya adalah supaya suaranya bisa didengar oleh orang-orang yang berada di belakangannya, kerana beliau juga, Biasa mengeraskan suara takbirnya sehingga terdengar oleh orang-orang dibelakangnya.
Di sini, ada suatu pelajaran berharga, bahawa nabi bersabda:
"Jika seorang imam mengucapkan,'Allahuakbar', maka ucapkanlah pula,'Allahuakbar'."
Dari hadis ini bisa diambil kesimpulan wajibnya mengucapkan, "Allahuakabar", bagi imam dan makmum; dan wajibnya mengikuti imam(dalam segala gerakan), tanpa jeda waktu yang lama, tanpa mendahului ataupun tepat bersamaan dengannya. Maka perhatikan baik-baik masalah ini!
Takbir diucapkan bersamaan dengan setiap kali perpindahan dari satu gerakan ke lain dalam solat, kecuali ketika bangkit dari rukuk dan salam.