Selasa, 3 April 2012

realiti atau rekaan? anda menilainya... secebis kisah

"Wah cantiknya jam baru kau", tegur Fina kepada Maria setelah Maria menunjukkan jam Swatchnya yang baru. "Lepas kereta baru, jam baru pulak ya", tambahnya lagi. "Hasil aku usaha kumpul duit jugak, Fina. Kita kalau nak benda tu kena usaha. Kalau duduk saja, mana ada orang nak bagi", jelas Maria dengan serius. "Eh cantik betul tudung baru kau Fina", Maria memuji Fina untuk tidak kelihatan sombong. "Biasa jelah, beli online. Kau tak nak pakai ke Mar? Mesti cantik kalau kau pakai", tanya Fina dengan bersungguh-sungguh, mengarapkan rakannya itu berubah memakai tudung. "Errr..ko pakailah dulu. Aku macam tak sedia lagi untuk semua ni. Aku memang bersalah tapi macam tak sedia, aku harap Tuhan dapat bagi hidayah. Kalau tak ikhlas, tak boleh pulak nak paksa diri kan", ujar Maria mempertahankan cara hidupnya itu. "Jam Swatch dan kereta tu kau dapat sebab kau usaha nak dapat. Samalah macam hidayah. Kau nak harap Tuhan bagi kalau kau duk saja tak usaha pape?" kata Fina. Tajamnya ayat itu menusuk kalbu Maria. "Hidayah tu orang tak kejar sebab orang tak nampak depan mata, tak dapat hayati sebab kita lemah hati. Kalau hati kita kuat, kita nampak hidayah tu. Samalah sebelum kau beli jam tu, dulu takde kan? Tapi sebab hati kau nak sangat, kau boleh bayang kau pakai jam tu tiap2 malam sebelum kau tido. Hidayah ni prioriti Mar, keselamatan kita kat alam sana. Kau kena kuatkan hati, jangan putus asa". Tambah Fina dengan lembut dan memujuk. "Fina..", suara Maria sayu memanggil rakannya itu. "Ya.." "Erm..tudung tu kau beli kat mana? Pass page FB kat aku.." Fina tersenyum.

2 ulasan:

  1. Sangat inspiratif, sahabat...
    :-)

    BalasPadam
  2. hanya share shj.. situasi semasa.. sharing is caring

    BalasPadam