Penulis(Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni) memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Robb 'Arsy yang Mulia, semoga Dia memberi petunjuk kepada kita semua menuju jalanNya yang lurus.
"Barangsiapa yang mendengar azan, tetapi tidak mendatanginya, maka tidak ada solat baginya kecuali kerana sesuatu yang uzur"
(H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
"Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya. sungguh, sebenarnya aku inigin memerintahkan {kaum Muslimin} agar mengumpulkan kayu bakar lalu diikat. kemudian aku memerintahkan agar solat jemaah didirikan, sehingga azan dikumandangkan. setelah itu, aku akan memerintahkan seseorang supaya mengimami kaum muslimin. selanjutnya aku akan mendatangi kaum laki2 yang tidak ikut solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka."
(hadis ini dikeluarkan oleh Bukhari(7224), Muslim(651) dengan lafaz yang mirip dan ibnu majah (791) dengan lafaz yang mirip)
Sabda beliau kepada seorang yang buta {yakni 'Abdullah b. Ummi Maktum}
"apakah engkau mendengar seruan untuk solat? Ia menjawab, 'Ya Betul'. Beliau bersabda, 'maka jawablah {seruan itu}'"(dikeluarkan oleh Muslim{635} dan ibnu hibban{2063} dengan lafaz yang mirip)
Ibnu Mas'ud- sebagaimana diriwayatkan Muslim juga berkata:
"sesungguhnya kami telah melihat bahawa tidak ada seorang pun yang meninggalkan solat kecuali ia adalah kemunafikannya"
Wahai kaum muslimin, bersolat berjemaah hukumnya adalah wajib bagi semua laki2. sesiapa sahaja yang meninggalkannya tanpa sebab uzur, maka ia berhak mendapatkan sanksi yang setimpal dan ditangkap oleh penguasa, pemimpin mahupun para hakim.
Disini ada satu persoalan bolehkahkaum wanita menghadiri solat berjemaah dimasjid?
Kami menjawab bahawa kaum wanita boleh menghadiri solat berjemaah dimasjid, berdasarkan sabda nabi:
" janganlah kalian melarang kaum wanita yang hendak keluar {menunaikan solat} di masjid, namun dirumah mereka masing2 itu lebih baik bagi mereka."(dikeluarkan oleh Abu Dawud(563) dengan lafaz yang mirip. lafaz asli hadis ini terdapat didalam sahih Bukhari dan Muslim dengan lafaz yang lain)
Akan tetapi semua itu harus dilakukan sesuai dengan rangkaian syariat diantaranya:
1. Kaum wanita tidak boleh mendatangi masjid dengan memakai wangi-wangian, berdasarkan sabda nabi:
"janganlah kalian melarang perempuan mendatangi masjid-masjid Allah. Akan tetapi hendaknya mereka keluar tanpa berbau wangi"(Bukhari{900,865}, Muslim{442} dan abu dawud{561})
2. Mereka tidak boleh keluar bersama seorang pemandu laki2 asing{yakni bukan mahramnya} kerana keburukannya lebih besar. Ertinya, mereka tidak boleh mengerjakan amalan sunnah jika harus mengorbankan amalan wajib.
3. Hendaknya hal itu bisa membuat mereka lebih khusyuk dan baik tanpa bercampur baur dengan kaum lelaki, tanpa mengumbar kecantikan dan tanpa menimbulkan fitnah apapun.
4. Mereka tidak boleh meremehkan urusan rumah, suami, anak2 dan semua kewajipannya yang lain. demikian pula cabangan syariat lainnya yang sepatutnya mereka perhatikan. Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan