Khamis, 23 April 2009

Sifat Solat Nabi by Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni- MENGHADAP KIBLAT


Diantara petunjuk Rasulullah dalam masalah solat adalah menghadap ke arah kiblat. Bahkan hal itu termasuk salah satu syarat sah solat. disebutkan dalam sahih Muslim, bahawa ketika baginda mengajar orang yang tidak baik solatnya, beliau bersabda kepadanya:

"Apabila kamu telah berdiri hendak menunaikan solat maka sempurnakanlah wudhu'(mu). kemudian menghadap ke arah kiblat dan bertakbirlah."( Riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh Albani dalam sahihut Tirmidzi)

Baginda juga melakukan perkara itu apabila ingin mendirikan solat, iaitu baginda menghadap ke arah kiblat 'kaabah'  Allah berfirman:
"Dan dimana pun kamu berada, hadapkan mukamu kepadanya."(Al-baqarah 2:144)
 
Jika orang yang bersolat tidak mengetahui secara pasti arah kiblat, maka ia boleh bersolat menghadap ke mana sahaja sesuai dengan ijtihad yang menurutnya benar, dan ia tidak perlu mengulangi solatnya lagi, kerana Rasulullah sendiri pernah bersolat tidak menghadap ke arah kiblat pada suatu malam dalam keadaan gelap gelita dan baginda tidak pernah lagi mengulangi solatnya lagi, berdasarkan penuturan Amir bin Robi'ah,

"Kami pernah bersolat bersama Rasulullah pada suatu malam yang gelap gelita. Ketika waktu tiba, ternyata kami telah bersolat tidak mengarah ke kiblat. Maka Allah telah menurunkan ayat berikut, 'maka ke mana pun kamu menghadap disitulah wajah Allah' (Al-baqarah 2:155)  

Orang yang sedang naik kenderaan, boleh mengerjakan solat sunat dengan menghadap ke arah mana sahaja, kerana Rasulullah saat menunaikan solatnya diatas kenderaannya juga menghadap ke arah mana sahaja kenderaan itu menhadap. Hal ini seperti yang disebutkan didalam sahihul Bukhari dan sahih Muslim, akan tetapi semua itu dilakukan setelah takbiratul ihram. Maksudnya, adalah saat melakukan takbiratul ihram, orang yang solat sunat  dengan mengenderai kenderaannya perlulah harus menghadap ke kiblat terlebih dahulu seraya mengucapkan 'Allahuakbar!', sambil mengangkat kedua belah tangan jika mampu. setelah itu tidaklah penting baginya kearah mana kenderaan itu menghadap,baik kenderaan itu berupa seekor haiwan tunggangan, kereta, pesawat terbang atau yang lainnya. kerana baginda sendiri pun, "kadangkala jika ingin melakukan solat diatas untanya, maka baginda akan menghadapkan untanya ke arah kiblat lalu bertakbir. Setelah itu, baginda bersolat ke arah mana pun kenderaannya menghadap." 

Baginda biasa mengerjakan rukuk dan sujud diatas kenderaannya, sambil memberi isyarat dengan kepalanya. saat sujud, baginda menjadikan kepalanya lebih rendah daripada rukuknya. Apabila baginda ingin mengerjakan solat wajib, maka baginda akan turun daripada kenderaannya dan kemudian menghadap kiblat.

Adapun bagi orang yang dalam keadaan terpaksa, sakit, atau takut(bahaya), yakni ketika mereka dalam keadaan lemah dan tidak mampu seperti itu maka mereka boleh bersolat dengan menghadap ke mana sahaja.

Syaikh Al-Albani menyebutkan teksnya sebagai berikut, "Adapun solat dalam keadaan benar-benar menakutkan(bahaya), maka beliau telah mensyariatkan kepada umatnya untuk mengerjakan solat sambil 'berjalan kaki' iaitu dengan berdiri bertumpu pada tapak-tapak kaki mereka, atau sambil 'berkenderaan' iaitu dengan menghadap ke arah kiblat mahupun tidak menghadap ke arahnya"

Baginda juga bersabda:

"Apabila mereka telah bercampur gaul(yakni ketika perang sedang berkecamuk), maka cara solatnya adalah hanya dengan takbir dan berikan isyarat dengan kepala."  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan