Isnin, 29 Mac 2010

Artikel dakwah(moga dapat disebarkan) : tudung oh tudung


Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :

" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...

Jumaat, 26 Mac 2010

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Khamis, 18 Mac 2010

10 macam orang yang tidak diterima SOLATnya oleh Allah



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tetapi dia tidak bertudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Jumaat, 5 Mac 2010

Aurat lelaki dan perempuan wajib dipelihara

Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.
Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman.Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah.Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.
1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh.Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya.

Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian.Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini.

Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas.Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya. Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya.Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

Khamis, 14 Mei 2009

Sifat-sifat solat Nabi-Takbir

Rasulullah apabila hendak mengerjakan solat dan telah menghadap kiblat, maka baginda biasa memulai dengan ucapan "Allahuakbar". Inilah yang disebut sebagai takbiratul ihram, ia termasuk salah satu rukun solat dan solat tidak akan sah tanpa dimulakan dengannya. baginda tidak pernah mengucapkan pun sebelum takbiratul ihram dan baginda juga tidak pernah melafazkan niat secara mutlak sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil kerana diantara mereka ada yang mengucapkan,: Nawaitu usholliya fardhin solata kadza wa a'dada roka'at kadza(Aku telah berniat untuk mengerjakan solat wajib iaitu solat ini dan jumlah rakaatnya sekian).

Sesungguhnya amalan ini termasuk bidaah yang tidak ada dalilnya dari nabi yang ma'shum(terjaga). Dan baginda hanya memerintahkan orang yang tidak baik solatnya dengan sabdanya, "Jika kamu telah berdiri untuk mengerjakan solat maka bertakbirlah."
Mengucapkan takbir adalah ajaran sunnah. Dan belum pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah, saat memulai solat mengucapkan sesuatu selain ucapan, "Allahuakbar". Hal ini berdasarkan sabda baginda berkenaan tentang solat:

"Dan pembukaannya adalah takbir"

Juga kerana baginda sentiasa memulai solatnya dengan takbir.

Tidak ada satu riwayat pun yang menerangkan bahawa saat memulai solat, baginda mengucapkan "Allahuakbar kabiron", dan tidak pula mengucapkan "Kabbartulloh(aku telah bertakbir kepada Allah)". Baginda tidak pernah memulai solat dengan kalimah lain selain takbir, "Allahuakbar". jadi, baginda ketika memulai solat, tidak pernah mengucapkan kalimah, "Alhamdulillah", dan tidak pula kalimat, "subhanAllah." Akan tetapi baginda hanya bersabda, "Bertakbirlah." Yakni ucapkanlah kalimat, "Allahu akbar."

Jumhur Ulama' menegaskan bahawa solat tidak sah kecuali dengan kalimat "Allahu akbar." 

Dalam hal ini, Abu Hanifah tidak sependapat dengan jumhur ulama', kerana ia berpendapat bahawa kita boleh (memulai solat) dengan mengucapkan zikir mana pun, misalnya memulai dengan kalimat, "subhanallah", "Alhamdulillah", "La ilaha illallah", atau kalimat, "Astaghfirullah." bahkan ditambahkan dalam suatu riwayat berasal dari baginda, bahawa baginda pernah mengatakan, sekiranya seseorang yang bertakbir bahaa non Arab sekalipun nescaya sudah cukup baginya."

Pendapat itu bertentangan dengan nas-nas yang ada. Bahkan para pakar hadis menyatakan bahawa pendapat itu tidak sah dan bertolak belakang dengan kebenaran, kerana kita tidak mengambil keumuman hadis baginda menngenai perintah bertakbir.

Apabila baginda bertakbir, maka baginda akan mengangkat kedua-dua tangannya seraya mengucapkan, "Allahuakbar". baginda tidak akan menggenggam jari-jari tangannya yang mulia dan tidak pula merenggangkannya. Namun beliau hanya mendudukkan sesuai dengan keadaan dan kebiasaannya. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu khuzaimah, "Baginda biasanya mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil meluruskan jari-jari tangannya. Baginda tidak meregangkannya dan tidak pula menggenggamkannya."

Dalam hal ini, ada suatu persoalan yakni sampai manakah batas mengangkat kedua-dua tangan?

Jawab: Diriwayatkan dari hadis Ibnu 'Umar dalam Sahihul Bukhari dan Sahih Muslim,ia mengatakan, "aku melihat, apabila Rasulullah telah berdiri untuk menunaikan solat, maka Baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya sejajar dengan kedua-dua bahunya..."(Al-hadis)

Diriwayatkan pula oleh Sahih Muslim dan yang lainnya, dari hadis Wa'il bin Hujr, Bahawa ia pernah melihat Nabi mengangkat kedua-dua tangannya ketika baginda memasuki(memulai) solat,-Hamman menyebutkan- sejajar dengan kedua-dua telinganya." (Al-hadis)

Sedangkan dalam riwayat Nasa'i, masih dari hadis Wa'il bin Hujr, ia mengatakan, "aku telah melihat solat dibelakang Rasulullah. Maka ketika baginda memulai bersolat, baginda memulakan takbir dan mengangkat kedua-dua tangannya sehingga sejajar dengan kedua-dua daun telinganya."

Untuk menggabungkan antara kedua-dua hadis tersebut, maka ada sebahagian ulama' mengatakan, "Bagian akhir kedua tapak tangan disejajarkan dengan kedua-dua bahu, berdasarkan hadis Ibnu 'Umar, sedangkan jari-jari tangan disejajarkan dengan bagian disekitar kedua-dua tangan berdasarkan hadis Wa'il Bin Hujr"

Namun kami tegaskan, bahawa siapa sahaja yang mengangkat kedua tangannya sampai di sekitar kedua-dua telinganya, maka itu sudah cukup baginya. Siapa sahaja yang mengangkat kedua-dua hanya sampai ke bahunya maka itu sudah cukup baginya. Dan siapa sahaja yang mengangkat kedua-dua tangannya sampai diantara telinga dan bahunya, itu juga sudah cukup baginya, insyaallah

Di sini, ada suatu persoalan yang diusung oleh ibnu Qudamah,"Apakah mengucapkan takbir itu secara bersamaan dengan mengangkat kedua-dua tangan, atau setelahnya ataupun justeru sebelumnya?"

Yang paling besar adalah-Wallahu a'lam- bersamaan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan, lalu mengucapkan, "Allahuakbar." akan tetapi, insya'allah boleh pula mengangkatnya setelah takbir kerana semua itu ada riwayatnya dari baginda. Kemudian mengarahkan pandangannya ke tempat sujud, sebab Nabi apabila solat, maka baginda akan menundukkan kepalanya dan mengarahkan pandangannya ke lantai. Tujuan disunnahkannya mengeraskan suara takbirnya adalah supaya suaranya bisa didengar oleh orang-orang yang berada di belakangannya, kerana beliau juga, Biasa mengeraskan suara takbirnya sehingga terdengar oleh orang-orang dibelakangnya.

Di sini, ada suatu pelajaran berharga, bahawa nabi bersabda:

"Jika seorang imam mengucapkan,'Allahuakbar', maka ucapkanlah pula,'Allahuakbar'."

Dari hadis ini bisa diambil kesimpulan wajibnya mengucapkan, "Allahuakabar", bagi imam dan makmum; dan wajibnya mengikuti imam(dalam segala gerakan), tanpa jeda waktu yang lama, tanpa mendahului ataupun tepat bersamaan dengannya. Maka perhatikan baik-baik masalah ini!

Takbir diucapkan bersamaan dengan setiap kali perpindahan dari satu gerakan ke lain dalam solat, kecuali ketika bangkit dari rukuk dan salam.

Khamis, 23 April 2009

Sifat Solat Nabi by Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni- MENGHADAP KIBLAT


Diantara petunjuk Rasulullah dalam masalah solat adalah menghadap ke arah kiblat. Bahkan hal itu termasuk salah satu syarat sah solat. disebutkan dalam sahih Muslim, bahawa ketika baginda mengajar orang yang tidak baik solatnya, beliau bersabda kepadanya:

"Apabila kamu telah berdiri hendak menunaikan solat maka sempurnakanlah wudhu'(mu). kemudian menghadap ke arah kiblat dan bertakbirlah."( Riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh Albani dalam sahihut Tirmidzi)

Baginda juga melakukan perkara itu apabila ingin mendirikan solat, iaitu baginda menghadap ke arah kiblat 'kaabah'  Allah berfirman:
"Dan dimana pun kamu berada, hadapkan mukamu kepadanya."(Al-baqarah 2:144)
 
Jika orang yang bersolat tidak mengetahui secara pasti arah kiblat, maka ia boleh bersolat menghadap ke mana sahaja sesuai dengan ijtihad yang menurutnya benar, dan ia tidak perlu mengulangi solatnya lagi, kerana Rasulullah sendiri pernah bersolat tidak menghadap ke arah kiblat pada suatu malam dalam keadaan gelap gelita dan baginda tidak pernah lagi mengulangi solatnya lagi, berdasarkan penuturan Amir bin Robi'ah,

"Kami pernah bersolat bersama Rasulullah pada suatu malam yang gelap gelita. Ketika waktu tiba, ternyata kami telah bersolat tidak mengarah ke kiblat. Maka Allah telah menurunkan ayat berikut, 'maka ke mana pun kamu menghadap disitulah wajah Allah' (Al-baqarah 2:155)  

Orang yang sedang naik kenderaan, boleh mengerjakan solat sunat dengan menghadap ke arah mana sahaja, kerana Rasulullah saat menunaikan solatnya diatas kenderaannya juga menghadap ke arah mana sahaja kenderaan itu menhadap. Hal ini seperti yang disebutkan didalam sahihul Bukhari dan sahih Muslim, akan tetapi semua itu dilakukan setelah takbiratul ihram. Maksudnya, adalah saat melakukan takbiratul ihram, orang yang solat sunat  dengan mengenderai kenderaannya perlulah harus menghadap ke kiblat terlebih dahulu seraya mengucapkan 'Allahuakbar!', sambil mengangkat kedua belah tangan jika mampu. setelah itu tidaklah penting baginya kearah mana kenderaan itu menghadap,baik kenderaan itu berupa seekor haiwan tunggangan, kereta, pesawat terbang atau yang lainnya. kerana baginda sendiri pun, "kadangkala jika ingin melakukan solat diatas untanya, maka baginda akan menghadapkan untanya ke arah kiblat lalu bertakbir. Setelah itu, baginda bersolat ke arah mana pun kenderaannya menghadap." 

Baginda biasa mengerjakan rukuk dan sujud diatas kenderaannya, sambil memberi isyarat dengan kepalanya. saat sujud, baginda menjadikan kepalanya lebih rendah daripada rukuknya. Apabila baginda ingin mengerjakan solat wajib, maka baginda akan turun daripada kenderaannya dan kemudian menghadap kiblat.

Adapun bagi orang yang dalam keadaan terpaksa, sakit, atau takut(bahaya), yakni ketika mereka dalam keadaan lemah dan tidak mampu seperti itu maka mereka boleh bersolat dengan menghadap ke mana sahaja.

Syaikh Al-Albani menyebutkan teksnya sebagai berikut, "Adapun solat dalam keadaan benar-benar menakutkan(bahaya), maka beliau telah mensyariatkan kepada umatnya untuk mengerjakan solat sambil 'berjalan kaki' iaitu dengan berdiri bertumpu pada tapak-tapak kaki mereka, atau sambil 'berkenderaan' iaitu dengan menghadap ke arah kiblat mahupun tidak menghadap ke arahnya"

Baginda juga bersabda:

"Apabila mereka telah bercampur gaul(yakni ketika perang sedang berkecamuk), maka cara solatnya adalah hanya dengan takbir dan berikan isyarat dengan kepala."  

Ahad, 19 April 2009

Selamat Berjuang, dapatkan A. hindarkan kemalasan


Berusaha Berjaya

Artist: Hijjaz
Album: Cahya Ilahi
Song Category: Nasyid
Bersama-sama kita membina 
Masa depan yang lebih gemilang 
Kita tanamkan tekad di hati 
Berusaha menuju wawasan 

Rajin bekerja terus berusaha 
Bagai hidup selama-lamanya 
Beramal ibadah kepada Allah 
Bagai esok sudah tiada lagi 

Bersama ini kita semai cita 
Bersama-sama kita mengejarnya 
Dan bersama-sama kitapun berdoa 
Agar semua usaha kita diberkati 

Hindarkan kemalasan 
Jauhilah rasa rendah diri 
Pohon takkan berbuah 
Jika tak dibajai 

Begitulah hidup kita 
Perlu bekerja dan berusaha 
Bulat takkan bergolek 
Pipih tak datang melayang